Sampah Rezeki Kami

Berita tentang nenek yang cari sampah untuk sara cucu sangat sedih ….

Cari sampah dengan cucu
Umi berkata bahawa dia mencari barangan kitar semula di sekitar Setapak dan Gombak, ditemani cucunya.

Cucu saya berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun. Oleh itu, empat cucu yang sudah bersekolah akan bergilir-gilir temankan saya untuk mencari botol plastik dan tin aluminium.

Bukan mudah untuk memenuhkan satu plastik sampah besar dengan barangan kitar semula itu kerana ia mengambil masa sehingga tiga ke empat hari. Apabila dijual, pendapatan yang saya dapat setiap minggu kira-kira RM40.

Tambahnya lagi, Umi akan bawa tiga plastik sampah yang berisi barangan kitar semula untuk dijual di sekitar rumahnya di Jalan Semarak.

Sekilo botol plastik dapat dijual dengan harga 60 sen manakala tin aluminium sekitar RM3.60. Alhamdulillah cukup untuk makan kami.

Sedih sampai cucu kena ejek
Tambah umi lagi, dia sedih sebab cucunya pernah diejek oleh kerana pekerjaan yang dilakukannya itu.

Saya sedih apabila orang hina cucu saya tetapi hanya nasihat yang mampu saya berikan.

Saya selalu ingatkan kepada cucu, sampah orang adalah rezeki kita. Jangan sesekali berasa malu kerana ia rezeki halal. Kita bukan minta sedekah, tetapi usaha sendiri dengan kudrat yang ada.

Walaupun hidup susah, Umi pernah lalui detik malang dan masih ada juga ingin ambil kesempatan di atas kesusahan keluarganya itu.

Kawan lelaki kepada anak perempuan saya pernah memberhentikan cucu saya sekolah dan membawa enam cucu saya ke Kelantan sebelum merancang menjual mereka di sana.

Mujur anak perempuan saya menyedari niat jahat itu dan kini lelaki itu sudah ditangkap polis pada kejadian Oktober lalu.

Akhir sekali, Umi berkata bahawa biarpun terpaksa berkorban, bersusah payah, dia tetap akan terus bekerja demi mencari rezeki yang mencukupi untuk cucunya, sama seperti kanak-kanak lain.

Selagi saya ada, saya akan berusaha mencari rezeki untuk anak dan cucu saya, namun jika saya sudah tiada, harap cucu saya dapat berdikari.

Pada yang berminat nak tolong

Puan Nor Azian Yusuf
PPR Sg Bonus, Jln Semarak, Blok H
No. 6, Tingkat 10
Terima kasih kerana prihatin dan bantuan.